Terowong

Terowong yang gelap itu hampir sudah ke penghujung
Cahaya terang sudah kelihatan
Namun masih menunggu giliran untuk menembusi
Hampir, cahaya itu menghampiri.

Terowong yang membawa satu cerita
Ke satu cerita lainnya,
Dari suka duka, pahit dan manis
Perjalanan yang tiada kesudahan hingga akhirnya.

Terowong yang gelap itu hanya mempunyai satu jalan,
Terus ke hadapan walau apa jua keadaan
Percayalah yang gelap itu takkan selalu gelap
Cahaya yang menanti pasti menyinari.

Aku pernah penat mendengar sabar,
Aku pernah penat disuruh kuat,
Aku pernah penat menunggu hari berganti
Aku pernah penat, dan berfikir hidup sendiri

2017,
Aku fikir.
Manusia yang aku boleh harapkan hanyalah aku
Manusia yang aku boleh bergantung harap hanyalah aku
Manusia yang harus meneruskan hidup aku adalah aku.

Yang lain hanyalah sokongan,
Yang lain hanyalah pengharapan kedua
Yang lain hanyalah teman
Yang lain hanyalah persinggahan

Ada insan menanti dihujung terowong
Insan yang jasadnya jauh tapi hatinya ku pegang
Insan yang ada di masa lampau,
Insan yang ku pastikan ada di masa hadapan.

Aku mengakhiri pencarianku
Kerana aku telah temui kau
Bukan pada saat aku jatuh dengan kegagalan
Tetapi pada saat aku bangkit dan tidak berharap

Tidak berharap untuk kau angkat aku
Tidak berharap untuk kau bawa aku pergi dari kekecewaan
Tapi membuka hati untuk berada disisi
Bersama berjalan dengan penuh cinta

Cinta ini akan ku jaga,
Cinta ini akan ku pegang
Cinta ini akan kupastikan
Sentiasa ada, semanis pandang pertama
Semanis setelah kau terima nikah
9/10/2017.

Jadi kekasih,nantikan aku di penghujung terowong penantian
Sambutlah aku dengan penuh cinta.
Kita hampir sampai ke sana,
Sampai masa kau bertukar menjadi yang halal.
Sampai masa kita buktikan cinta
Sampai masa kita bersatu selamanya.

Sampai nanti, aku masih di terowong ini.
Memikirkan adat, memikirkan mulut manusia,
Memikirkan duit, memikirkan kerjaya
Memikirkan jalan seterusnya.

18/8/2018 ; 250 hari ; 8 bulan 7 hari




Comments

Popular posts from this blog

Now number 5

My baby